Saturday, September 6, 2014

KENAPA BLOG INI DIWUJUDKAN

Salam hormat,

Saya telah melakukan dua lawatan ke Selatan Thailand. Terbaharu ialah antara 19hb ke 21hb Ogos 2014 yang lalu. Daripada dua pengalaman ini saya dapati di Selatan Thailand ini banyak perkara-perkara yang berfaedah yang sesuai kita lawati. Pada ketika ini ketua rombongan ke sana mampu mendedahkan kita kepada beberapa aspek kehidupan, khususnya di dalam bidang pertanian. Bermakna lawatan berupa pendedahan kepada teknologi pertanian, perikanan dan ternakan memang bolih dilakukan. Jika anda ada perkara-perkara lain yang hendak dilawati dan memerlukan bantuan kami, juga bolih dicadang dan dibincangkan pakagenya.

Selain daripada lawatan berupa ilmiah dan ekonomi, lawatan bertujuan untuk melancung atau membeli-belah juga bolih diaturkan.

Pakage-pakage beberapa siri lawatan akan saya pamirkan disini , dari masa ke semasa, untuk tatapan tuan-tuan. Penambahbaikan kepada pakage juga bolih di cadangkan supaya ianya lebih sesuai kepada tujuan anda ke sana.


Skian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun